Wednesday, March 19, 2014

Selamat Datang Ke Perkongsian Ilmu Dan Tempat Mendapatkan Barang Emas Perak Di SINI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. salam Satu Malaysia, salam Satu Dunia. Terima kasih sudi singgah Blog saya yang tak seberapa ni. Sebolehnya saya mahu kongsi ilmu kesedaran menyimpan emas dan perak kepada semua terutama rakyat Malaysia supaya generasi kita akan bebas dari manipulasi mata wang dan jadi hamba duit selama-lamanya. Apabila misi ini berjaya, kita akan dapat membantu keluarga dan mengembalikan sebahagian harta kita kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha ini akan mendapat sokongan anda dan semoga kita lebih dirahmati Allah. Sesungguhnya keberkatan rezeki bukan sahaja diberi dalam bentuk kekayaan tetapi dari keluarga yang bahagia, anak-anak yang lembut hati dan mendengar kata, isteri yang solehah dan suami yang soleh. Begitulah jika kita berbalik kepada indahnya Islam dan pencarian rezeki.

Siapa kami? Sekadar kakitangan kerani di sebuah jabatan kerajaan yang mula menyedari betapa untungnya jika ditukarkan gaji bulanan kepada simpanan emas dan perak sebagai aset pelaburan paling mudah. Sebelum ini hanya simpan dalam ASB, buat kerja sambilan dan masih tak mampu nak melabur beli rumah sewa kerana semakin simpan duit semakin naik gila-gila harga rumah. Jadi selepas sepakat antara kami suami isteri belajar kelebihan emas perak dan dipertemukan dengan ramai orang berjaya dalam pelaburan emas barulah kami dipermudahkan keluar dari rasa miskin dan bebanan hutang yang membelenggu selama ini. Rupa-rupanya mudah untuk menyimpan emas sebagai aset berharga yang semakin meningkat nilainya dan kerja makan gaji sebenarnya adalah satu kelebihan untuk melabur secara teratur. Kami juga rasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki Allah ini dengan mengeluarkan zakat simpanan emas untuk yang lebih memerlukan. Kami juga doa supaya lebih ramai umat Islam dapat keluar dari kemiskinan dan menjadi pembayar zakat juga supaya sama-sama tiada lagi orang miskin, terutama miskin bandar di Selangor. Bermula dari rasa kesedaran inilah kami mula kempen dalam keluarga dan kawan-kawan supaya mulakan simpanan emas tak kira banyak mana yang penting akhirnya berapa gram sudah disimpan.



OK JOM EMAS PERAK di blog sini selalu ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggal Pesanan Sini